Thursday, January 6, 2011

Solo, Indonesia

Aku jatuh cinta dengan Solo, Indonesia!

Pertama kali kali aku ke Indonesia semasa aku ke Bandung sama teman2 Februari 2009. Kali ini ke Solo sama famili semua. Bandung beda bangat dengan Solo.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Solo, aku terpesona dengan cantiknya airport Solo. Dikelilingi sawah padi yang menghijau. Cantik ya Solo ini.

Aku lebih senang dengan Solo. Solo bandarnya lebih tenang, nyaman dan cantik bangat. Makanan jugak enak-enak. Kami sekeluarga menetap di Griya Teratai. Untuk harga yang sangat berpatutan, Griya memang sangat memuaskan. Rumah ini juga dihias cantik. Kecil, cuma sebelas bilik tapi sangat-sangat selesa. Seperti menginap dirumah sendiri. Staff-staff juga baik dan very friendly. It is a house renovated into a guest house.


Cantikkan Griya Teratai?

Bergambar di luar Guest house

Solo tidak sepopular Jakarta atau Bandung. Mungkin kerana tempat itu banyak tempat berbelanja, tetapi tidak Solo. Solo lebih banyak tempat untuk kita menikmati 'culture' Indonesia. I am very facsinated especially when we went to Keraton Solo. Keraton itu maksudnya Istana Raja. Keraton ini sangat menakjubkan, penuh dengan sejarah-sejarah Raja-raja. Ada banyak barang lama yang unik. Dari tandu puteri raja, carriage kereta kuda, pengayuh kapal yang besar gile, senjata-senjata lama, dan pelbagai lagi yang usianya beratus2 tahun. Hebatkan?


Mengikut Pak pemandu pelancong.


Kawasan laman keraton. Sunyi sepi tempat nih.
Cuma dengar bunyi burung w/pun
kenderaan lalu lalang di sebelah.

Kunci lama di pasar antik

Solo juga terkenal dengan makanan2 yang enak2. Contohnya Nasi gudeg, nasi liwet dan macam-macam lagi. Yang paling aku suka, Sate buntel. Dibuat dari daging kambing hancur. Dibakar dan di makan dengan sos kicap. Sedap sangat2!!. Ada juga kuih yang dipanggil serabi. Uhhhh...ini sedap. Macam apam balik tapi diisi dengan santan manis yang pekat. Sedap gila! Kami beli dua kotak untuk dibawa pulang.



Nasi gudeg istimewa.
Enak bangat.

Dikedai Sate buntel

Sate buntel

ini dipanggil apa ya?? xingat
ini pon sedap.
nasi yang dikeringkan, kemudian digoreng.
Ada yang manis atau masin

Orang2 Solo sangat baik. I really mean it. Tinggal di Solo 4 hari, aku seperti tidak mahu pulang. Seronok sangat disini. Hotelnya bagus, makanannya enak bangat, orang-orangnya baik-baik, bandarnya bersih. Living here wouldn't be such a bad idea eh. ;)

Terima kasih pada Anggun dan staff2 di Griya Teratai untuk layanan yang baik. Terima kasih buat Wahyu, kerna bawa kami jalan2 dan makan yang enak2.

Solo was great. Superb.

And I am definitely coming back again!


Salam sayang dari Kuala Lumpur buat orang2 Solo!


No comments: