Ramai gila orang kat Mamak. Sampai kene dudok ngan sekumpulan Chinese girls. Nasib baik diorang nih okay jek. Hari jumaat memang hari saya minum secawan teh tarik sedap. hehehehe...
Hari nih first time berbuka kat rumah sendiri, which means, Daddy only berbuka ngan Yani. Jadi aku cuma berbuka ngan Ulfah jek. Mula2 fikir, sebab kami cuma berdua, lagi senang kalau berbuka kat luar jek. Tapi bila pikir balik, xyah lah, baik masak sendiri jek. Lauk lebih tuh bulih lah buat sahur pulak. Jimat duit sikit.
Honestly, saya kurang gemar berbuka kat luar atau kat kedai.
Semua orang pon nak berbuka kat luar. Lagi2 kalau kat shopping mall. Jadi semua orang akan muncul pada waktu yng sama. Dah la kene bersesak ngan jem orang balik kerja, patuh kene bersesak nak masuk shopping mall. Patuh satu keje lak nak cari parking. Bila nak buka kat luar kene wat reservation. Kalau nak rserve kot telipon, susah sikit. Diorg nak deposit. Jadi kalau nak reserve kene gi kedai nya. Kalau datang kol 5 sekalipon, belum tentu dapat reserve mana2 kedai. Nanti, last2 akan end-up kat kedai yang xde orang nak pegi sebab x sedap.
Bila habih berbuka, tentu lah nak pi solat magrib kan. Ini lah sebab paling utama saya xsuka berbuka kat luar. Surau adalah sebesar bilik yang bolih muat kira2 5 orang. Dan orang yang nak solat, adalah berkoyan-koyan. Maka, suasana adalah sangat sesak. Xsuka lah ramai2 orang nih. Serabut.
Kan ke lagi senang kalau berbuka kat rumah je? Xyah nak bersesak ngan orang ramai, xyah nak buat reservation segala, xyah nak buang masa sampai awal sebab nak reserve tempat, xyah nak bersesak ngan orang ramai sebab nak solat magrib. Makanan lak dijamin sedap (aku yang masak, yang makan jugak aku, kalau xsedap pon, cakap sedap jugak! hahahaha) . Malah sempat lagi nak pegi solat terawikh.
Hooho.. Sorry lah kawan2. Bukan nya aku x ikhlas bila kuar ngan korang berbuka, tapi seriously, xbolih ke kita semua jumpe dan kumpol ramai2 bukan dalam bulan puasa?
My matriculation friends have been doing this tradition of berbuka puasa together for the past 6 years. Every Ramadhan, we will meet up and buka puasa together. And each year, after the buka puasa, the very same conclusion was made---> next year, kita xyah buka puasa sama2 lah. Xlarat la nak harung orang ramai2 nih. But, we still meet up during Ramadhan....Dowh! It seems easier to meet during Ramadhan banding ngan hari2 lain. Sebab semua orang akan free waktu berbuka, so xde alasan untok x berjumpa.
Kalau aku punya rumah sendiri dulu, lagi senang kalau ajak korang datang berbuka kat rumah jek. Xyah nak bersesak ngan orang ramai. Tapi tahun nih, dah xleh jumpa member matrik satu geng lagi dah. Kalau keluar makan pon mungkin dengan 1-2 orang jek. Xleh dah kumpol seramai 12 orang cm dulu lagi dah. Reason---> Uh, obvious lah kan. Most of them dah berfemili, and some dah punya anak. Xkan lah nak angkut satu femili semata-mata nak buka puasa. Jadi kami2 yang single nih la yang akan melawat diorg time raya nanti.
Aku memang sangat lah lagi prefer berbuka makan kat rumah jek. Eat at our own leisure. Jimat duit jugak, juga jimat tenaga dan masa. Kalau malas sangat nak masak, paling2 teruk pon aku tapau dan still makan kat rumah.
Okaylah. Jadi korang, kalau nak ajak jumpa dan berbuka, erkk.... So, skang korang tau la nape aku selalu decline ajakan korang untuk berbuka. Hehehe... Lagi senang jumpa masa Raya kan. So kita jumpa time Raya lah yerk..
Tengahari tadi, masa orang solat Jumaat, aku pi basuh kete. Ada dua orang pakcik jugak. Sorang pakcik tuh tinggal kan kete dia and pegi solat Jumaat. Yang sorang lagi bulih wat dek jek. And I look at him, giving the 'Seriously-you're-not-going-for-solat-jumaat?' look, and dia buat bodoh jek. Untuk tidak berpikiran negatif dan memikirkan perkara yang tidak betol, apalagi mengurangkan pahala puasa, aku kata dalam hati, Uhhhh...mungkin pakcik nih Iban. Nampak jek macam melayu. Hahahaha...
Okay. Selamat berpuasa. And have a nice weekend.
(kalau korang nak ajak berbuka, meh je lah datang rumah. Home cooked food is way better than kedai made food. Xcaya? come to my house. I'll cook maggi for you. hahahaha...)
Night.
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
1 comment:
Post a Comment