Hari ini berblog dalam bahasa melayu lagi. Melayu rojak pon bantailah.
Tadi tengahari Leli tepon, ajak teman dia pergi majlis kawin kawan dia. Dia cakap xde teman. Since, aku free hari nih, so aku ikot lah. Kata Leli, cmnilah kehidupan orang single. Kalau dia ada boyfriend mungkin di ajak bf dia pergi. Tapi dia single, so aku pon single, so aku la calon paling tepat untuk temankan dia. Dan lagi di bebelkan dia, dalam perjalanan kami ke Wangsa Maju. Umor dah 26, tapi still xberteman. Kadang2 rasa bosan. Nak jugak keluar berdating macam orang lain. Kawan2 kami banyak yang dah kawin, yang nak terberanak tahun depan pon ramai.
Jadi aku tanya dia, lagi berapa tahun ko bagi? (Direct translation, How many years would you give?) Dia cakap 2, sampai umor 28. Lepas tuh? Kalau xde bf lg umor 28? Leli cakap, Xpe, kite extand lagi. Hahahahaha....
Leli cakap , dia nak kawin sebab nak punya anak macam orang lain, tapi aku yakin kalau tanya Yang (kawan ktorg jugak) dia cakap nak kawin sebab nak rasa nikmatnye. hahaha.. (you know what I mean)
So camne ngan aku? Aku pon ade had limit 28 tahun jugak ke? Hah!
Sejujurnya, aku xterasa lagi apa yang Leli rasa. Aku pikir mungkin sebab aku masih ada adik yang sanggup meneman kemana saja aku nak pergi. Baik shopping, tengok movie, makan dan etc. Leli dah jadi anak tunggal lepas kakak dia kawin, mungkin sebab tuh xde teman. Hidup aku sekarang ni banyak berputar antara aku ngan adik aku jek. Bila kawan ajak makan lunch, aku xleh pergi, sebab aku kene balik tengahari amik adik sekolah. Bila diorang ajak aku kuar hari minggu, aku xleh sebab kena hantar dan ambik adik aku tusyen. Yeh, diorang cakap aku kononnya kakak mithali, bukan memuji tapi memerli. Tapi aku peduli ape. Diorang xpaham, dan aku x bercadang unuk memahamkan mereka.
Bagi aku, aku masih punya tanggungjawab. Tanggungjawab untuk jaga adik aku, sampai aku pikir dia dah boleh berdiri dengan kaki dia sendiri. Mereka selalu tanya, Adik ko tuh kecik sangat ke sampai kene jagakan?. Dia hilang seorang Ibu masa umor dia 14 tahun, dia jugak anak bongsu. Agak2 korang macamane?
Diorang jugak tanya, Sebab tuh ko xde partner? Jawapan aku, yer. Sebab itu. Aku rasa selagi xlepas tanggujawab jaga adik aku nih, selagi tuh aku xleh nak commit hidup aku nih untuk orang lain. Nak commit hidup sendiri pon masih belum tentu bolih. Cuba korang bayangkan lah, andaikata aku punya bf. Nak pi dating lah hari nih, bulih? Dan aku jawab, xleh lah. Adik tusyen hari nih. Saya ada break 2 jam jek, masa dia tusyen. Jumpe masa tuh bulih?. Orang yang waras mana dapat terima alasan aku nih? Orang gila mungkin.
Pernah somebody tanya aku, Abih, awak nak hidup sorang2 jek, xnak berteman langsung? Haih, cmne aku nak cakap ek? Senang citer, aku cakap ini jek. Aku masih belum bolih commit dengan kau. Kenapa janji, kalau tau ianya xtertunai. Soal berpasangan, soal beranak, soal kawin, soal teman nak tengok wayang dan macam2 lagi, itu soalan kemudian hari. Bukan soalan sekarang. Aku bukan superwoman yang boleh buat macam2 benda dalam satu masa. Aku buat satu2. Sekurang2 nya biarlah adik aku nih abih SPM dan buatlah ape yang dia rasa patut. Masa tuh aku rasa aku dah bolih 'let her go'.
Soal pacar, soal teman, kalau ada jodoh ada lah. Kalau xde nak aku buat macamane? Aku tak punya limit tahun umor, kerana aku percaya soal hidup kita nih dah ditulis dan disusun oleh yang Maha menyusun dengan cantik nya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
If life gave you lemon, you make lemonade
but if it gave you apple, I'm for damn sure making my delicious apple crumble.
Heeeee...
till then
goodnight.
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
3 comments:
hahaha akukah leli itu?? OMG!! xsngka de tribute plak utk aku dlm blog..cet!!! papepown,jodoh tu di tgn tuhan firah,selagi xsampai kita EXTEEEENDDDD!!! hahaha :))
hahaha...ape hal ko tetiba baca blog aku nih? sudah update kah?
itu lah. kita extend.
(i got a feeling that you might read this. Damn, I was right! hehehe)
hahahahah tetiba aku bukak ternampak ada org eja nama aku sbg title..hahaha. btw,gonna active bck berblog. wish me luck *lol*
Post a Comment