Agak-agak korang ape rase nya kalau korang terperangkap dalam keadaan 121 degree celcius, 15 minit dalam tekanan 15 psi. Woho...
Owh sunggoh kesian tikus itu.
Masa masih buat kerja dekat Lab mikologi, tikus membiak dengan sangat dasyat. Memang lab dah x sterile lagi. Even dalam laminar flow, dan selepas 15 minit UV light exposed, still, tidak mendatangkan sebarang perubahan. Kultur masih lagi contiminated. Semuanya tikus punya pasal.
Kemudian Dr. cadangkan untuk fumigate satu lab. Satu hari kami cuti. Harapannya, lab bersih balik. Tapi masih ada contimination. Masih ada tikus. Plate kultur yang ditinggalkan dalam laminar flow booth ada bekas gigi tikus. Diorang makan agar. erk.
Kalau korang xtau, kultur plate yang contiminated, xnak guna dan nak buang, semua nya kene letak dalam autoclave bag. Untuk matikan semua contamination tuh, kene lah autoclave which is at 121 degree, 15 minit, dan di bawah tekanan 15 psi. Semua tuh akan kecut dan mati dan dibuang khas untuk diproses.
Satu hari, bila masa saya yang kene buang bahan buangan ni, tanpa disedari telah dibungkus bersama2 seekor tikus. Owh eeewwww... Jadi nak buat macamana? Xkan nak bukak balik, pastuh keluarkan tikus tuh? eeeeee... (sudah mula geli geleman). So, saya panggil seorang kawan dan bagitau dia kejadian tersebut. Dia cakap, "Xpe. Dia tikus jek. Masukkan aje dalam autoclave tuh".
Ok lah, kalau macam biar dia yang buat. Saya x nak bunuh tikus tuh. Tapi saya xnak lepaskan jugak. Geli dowh. Patuh dok terpikir, ape lah agaknya perasaan tikus tuh, bile suhu makn lama makin tinggi, tekanan udara lak makin tinggi..kesian tikus tuh..
Akhirnya kawan tuh yang bunuh. Saya tak tau bila dia on kan mesin autoclave tuh. Xtau jugak apa jadik ngan tikus tuh. Huhuhu..
Rindu pulak ngan lab mikologi.
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
No comments:
Post a Comment