Sunday, October 17, 2010

Again... issue with KD..

I hate the fact that I live in Kota Damansara when weekends come. Hate it. I think I should have a weekend home, where I can go to escape this place. Urrghhh.....


There's a McDonald near my house. it's closed for this few days for renovation. Not that I eat McD's a lot, but today I realise there's not much McD around here. No wonder it is always crowded with loads of people. (uh...I promise to write in Malay... jadi mari alih bahasa) Selama nih restoran McD kat tepi rumah nih x penah jadi perhatian pon. Xde la makan sangat pon, cuma kalau malas nak masak atau beli makanan, McD memang jadi calon utama. Tapi hari nih deme tutop pulok.

Hari nih hari sabtu. Bangun pagi tadi, membuat cubaan untok mengemas rumah. Lap habuk2, vacuum dan kemas katil (Hoh kemas katil??!! Hari2 lain xkemas katil ke? X!! hehehehe.. Saya memang tidak senonoh), lipat baju, basuh dan jemor jugak. Maka sampai tengahari, rasa macam lapar la pulak tapi seres malas tahap super gaban dah. Nasi goreng semalam ade lagi tapi xrasa macam nak makan lak. Jadi cuma minum air sirap secawan. Harapan nya lepas hantar Ulfah tusyen, nak singgah rumah Bapak untok makan. Malangnya, there's nothing in my Dad's house!! (uh terbahasa engrish pulok). Aiyark, dah la lapar gile nih. So, terpikir lah nak makan McD. Xteringat pulok McD renovate. Aduih kuciwa sunggoh. Memang dah terasa nak makan fast food.
Jadi macam mane? pergi A&W lah. CIHHHH...renovate jugok!! Adoi sunggoh ralat, muka memang kelat.
Xpelah. Kita try pergi McD kat The Curve. Gila berusaha nak makan McD. Hahahaha... Pastuh kuciwa lagi. Sebab nampak jem yang sangat panjang. Agak2 kalau beratur jugak, nak tunggu sampai kat Mutiara Damansara tuh, sempat lah mati kebuluran dalam kereta siap ngan wasiat segala. Jadi tengah orang dok beratur lampu isyarat, saya membelok dari lane paling kanan ke lane paling kiri sambil pikir mane lagi fast food yang ade dekat Dataran Sunway nih.
Tinggak satu je lagi fast food yang ada. Yer, Subway Sandwich. Uh uh I like!

Belok masok The Strand. Parking depan Subway. Turun dari kereta dengan semangat waja sambil terliur sandwich tuna kegemaran. Ramai betol orang nih. Mereka nampak muka melantak makan sandwich. Sampai jek depan kounter nak pilih roti, adik kounter cakap mende paling x lojik untok dicakap kat kedai sandwich. "Kak, roti dah habis!". What the hell!! Macamane roti bulih habis?? haiya... Keluar dari kedai dengan penuh kekeciwaan. Patuh tetiba teringat sesuatu. Teringat soup kat Subway sangat sedap. Mungkin soup masih ada, Sapa makan soup kan kalau deme dah dapat sandwich, kan kan? Pusing balik ke kedai dan tanya Adik kounter dengan penoh harapan, "Adik soup ada lagi x?". Dia jawab ngan muka kesian-kakak-nih-nampak-macam-kebuluran-amat, " Dah habih gak la. Maap kak"

Apeke hal ngan Kota Damansara nih? Dah lah jem. McD lak tutup. Patuh roti kat Subway pon habis? Ada ke orang yang cakap, jom pegi KD, makan Subway. Ada ke? Ada ke? X lojik kan. huhuhuhuhuhuhu....

Dah kebuntuan idea nak makan ape dah. Perot dah pusing2 kelaparan. Nak beli nasi goreng atau nasi bungkus,leceh lak. xbanyak pulak kedi yang jual nasi bungkus kat KD nih. huh. Last2 amik keputusan untuk beli Nasi Arab jek. Bantai lah. Janji kenyang. huhuhu...

Inilah contoh kehidupan seorang pemalas di Kota Damansara. Hehehehehe....


Okay. Ada sapa2 nak belanje saya makan esok?? hehehehe..

Night everyone.


2 comments:

Queen4ADay said...

gapo la komplikatek sgk hiduk mu ni.nok makey mcD jah pung.macey tok logik pung ade gok bunyiknye..tp nok wak gano hiduk mu memey pnh ngey drama walopon nok toilek jah;p gapo mu tok talipong jah mcD tu mek?

afirah said...

toilek? gapo tuh?
hehehe...bukan xmo deliver tapi xleh gak, sbb mcd tutup kan.